CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 10, 2011

aLwaYS THinK +Ve



Assalamualaikum...
Hari ni aku just nak cerita n cakap2 sikit pasal THINK POSITIVE..
Maintaining positive thinking and attitude will drive you to success and happiness.
Bila sekarang ni aku dah jadi student degree yang terlalu byk kerja yg kena buat ni, sikap ni yang perlu ada.


Kadang-kadang tu kita rasa apa yang kita disuruh buat tu nampak macam tah apa2 je. Tapi sebenarnya ada manfaatnya. 


Susah sikit aku nak cerita coz hampa bukan kat tmpat aku, bila aku kat sini aku terpaksa belajar untuk banyak bersabar  & always think positive. Jangan sekali-kali fikir negative coz nnti hampa jugak yang akan stress gila2, ingat klu stress sgt2 boleh masuk wad bahagia....


Waktu aku baru dtg sini, first sekali kakak senior pesan suruh always think positive. Aku pun pelik kenapa kan, tapi sekarang aku dah faham. 


Tapi bagi aku tak kisah lah walau apa pun keadaan kita fikir ja positive coz apa yang kita fikir tu ja yang akan kawal diri kita. Contohnya: Sebelum masuk exam tu kan, kita fikir ja yang kita pasti boleh buat coz kita dah baca buku kan. Jangan kita fikir, 'eh klu soalan dia keluar yang macam2 nie macam mana' n jangan wat gabra just tenang n senyum ja. Better jangan lah coz nnti masuk exam kita akan blank @ gabra tak tentu pasal. Seriously dulu aku mcm ni lah, pastu ada lah budak2 ni pesan kat aku jangan wat mcm tu nnti kang apa pun tak leh nak jawab. So, aku pun ikutlah cakap budak2 ni & mujarab jugak lah. Ingat tawakal ja kat Allah, lagipun kita dah usaha kan. Yang menentukan tu adalah Allah. Janji kita dah usaha kan. Klu dah memang rezeki kita, dapatlah apa yang kita nak. Klu tak tu kan dah memang dah ditetapkan. 


Heee... Aku ni bukan lah terer sgt pun nak nasihat2 kat orang ni. Tapi aku just nak citer pengalaman aku ja. 


Ada lecture aku ni ckp, budak medik ni kena sentiasa release dari stress barulah boleh nak belajar dengan tenang. Bahaya tau klu terlalu stress. Faham2 lah effect dia..
Aku ada lah sikit cara nak release stress yang diberi oleh lecture aku:
1. power nap - pastikan klu anda nak tidur tu dalam fikiran kosong, tak payah fikir apa pun, barulah tidur tu berkesan. INGAT!! Nap yang dimaksudkan adalah tidur  yang 15minit tu je tau, just nak release stress.
2. visualization(membayangkan)- penting time presentation, sebelum presentation tu bayangkan kita tengah wat presentation yang terbaik. pastu tu nnti kita present mesti akan sama macam yang kita bayangkan.
3. Exercise
4. Breathing exercise - tarik nafas dalam2 n hembus sepuas-puasnya
5. music - dengar lagu yang kita suka, kalau yang layan lagu slow tu rasanya lagi mujarab lah, rasa tenang ja kan..
6. Staying Organized - time managment yang betul
7. Eat right- balance diet
8. Self hypnosis - self improvement
9. Progressive muscle relation - mengeliat sepuas-puasnya
10. positive thinking


Lecture aku ada lah ajar sikit cara nak think positive..
Cth: Klu nak present apa2 kan, kita set dlm mind aku boleh buat dengan relax n spontan.
Jangan set mcm ni, aku tak gabra, aku tak takut. Jangan guna perkataan tak  coz nnti yang bermain dalam fikiran kita yang belakang tu ja, gabra, takut..


Jom kita semua berfikiran posotive coz ni dapat release stress. Tak payah lah nak tension2 sgt, ingat semua perkara tu ada jalan keluarnya klu diselesaikan dengan jalan yang betul n tak payah lah nak fikir sgt perkara yang kecil tu sampai jadi stress. Byk2 kan lah ingat Allah, Insyaallah tenang.


SENYUM SOKMO J pun dapat release tension....^_^





Sunday, October 2, 2011

Di hARi LebARaN..

Setelah tamat bulan syawal baru aku berkesempatan nak update blog pasal raya...
Exam pun dah habis.... Jom kita citer pasal raya...

Pagi2 lebaran selalu kena kejut tapi tahun ni bangun sendiri, siap sendiri2, n pergi solat aidilfitri ngan kwn2.

Pastu makan beramai-ramai bersama-sama dengan senior2 dari semua batch yang tak balik Malaysia. Memng best dapat makan rendang, lemang, ketupat, nasi impit n kuah kacang. Jom pic. dulu, tunjuk sikit kita kat perantauan pun boleh makan mcm Malaysia.. Ni 

Lepas kenyang jom ramai2 kita tangkap gambar raya 2011..

kasi tunjuk baju raya...






All girls batch 2011 and senior
 All boys batch 2011


 Beraya di rumah kawan indonesia. 

Makanan tradisi hari raya di indonesia 







Yang tudung blue black tu lah tuan punya rumah, Afkar..




Beraya di rumah Dekan.. (yg tgh tulah dekan, sporting habis kot)


tak byk sangat pun gambar yg aku ambik, so ni jelah yg dpt aku share...
tak dak idea lah nak tulis apa lagi...
apa2 pun untuk semua: SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR N BATIN...



 

Monday, September 19, 2011

pErSiapAn AiDiLfiTri 2011 di makASSaR..



Dalam kesibukan aku nak jugak cari masa untuk tulis blog ni. Serba sikit perkembangan aku di negara orang ni. Tahun ni adalah tahun pertama sambut raya jauh dari family, saudara-mara n kawan2.

Dengar takbir raya buat rasa sedih ja. Dengar pulak jiran2 kat sini yang majoritinya rakyat Malaysia pasang lagu raya versi Malaysia. Aahhh.. Apa2 pun hari raya adalah hari untuk kita meraikan kejayaan kita dalam bulan ramadhan. Chill girl..

Dekat Malaysia, hari isnin malam tu orang dah sibuk memasaklah, mengemaslah, kat sini pun sama jugak tapi hari selasa malam coz kat ni hari raya jatuh hari rabu. Pastu orang2 kat Malaysia pulak asyik cakap macam ni 'puasa lah sehari lagi yerk,. HEHEHE..'

Kesibukan kat sini beramai-ramai, malam tu aku dapat tugas memasak kuah kacang. Ahhhh... memang ahhh... Masak kuah kacang pun tak pernah. Huuhhh.. Nasib baik lah kakak yang satu group ngan aku ni pandai masak2. Klu bagi kat aku masak tak tau lah apa jadi.. Jadi orang tolong kacau2 jelah..  


Sementara tunggu kuah kacang ni nak masak sempat lagi aku lari pi main bunga api. Hahaha.. Dah lama dah ni tak main bunga api, sambil aku main2 tu aku tgk abang2 senior yang tgh seronok depa dok main mercun. Amboiii... Memang meriah ah malam tu. Dapat lah jugak kurangkan rasa rindu kat tanah air.


Kawan2 yang len sibuk mengayam ketupat bersama kakak2 senior.. Esok pagi nak makan ~~ ketupat ~~


Kawan2 yang len2 pulak sibuk mengemas rumah~~ hehe~~ mengemas aula lah. Tempat untuk sembahyang raya n berkumpul ramai2 esok.. 

Malam ni kurang sikit ambik gambar coz sibuk ngan kuah kacang, so yang ni jelah yg ada..

Jom kita tengok esok apa jadi.....








My NeW LiFE..


Assalamuailakum...

Setelah 5 minggu aku kat sini, baru aku berkesempatan nak updated blog ni yang dah lama terbiar..

Perkembangan terbaru, aku bukan lagi kat Malaysia tapi kat Indonesia. Semua kawan2 tgh sibuk nak pergi daftar U sana-sini, macam tulah jugak dengan aku. Aku buat pilihan and disokong oleh parents untuk further degree kat Makassar, Indonesia dalam bidang perubatan.

Semua keputusan di buat secara terkejut-tergempak. So kepada kawan2 aku, sorry lah aku tak updated apa2 pun pasal choice aku ni. Aku betul2 susah nak buat pilihan n aku kena buat keputusan yang terbaik coz ni melibatkan masa depan aku kan..

8.8.2011, aku berangkat dari LCCT ke Ujung Pandang. And nama university tu adalah UNIVERSITAS HASANUDDIN,MAKASSAR..

ini dari pintu pintu kampus UNHAS


yang berbulat tulah bilik aku
Asrama aku dekat je dengan UNHAS tapi melalui pintu kedua lah. Satu bilik 2 orang je. Ada bilik air, ada ruangan memasak, ada ampaian.. Semuanya selesa lah.

Dekat sini masak lah sendiri, kalau terasa rajin boleh je keluar makan kat luar tapi kalau nak makan masakan Malaysia better masak sendiri lah.. Of course lah kat sini susah nak cari masakan sebijik macam Malaysia. Kalau ada pun NAK sama tapi TAK sama pun rasa dia. N kat sini makanan dia jenis tak berkuah, so.........

first trial, ikan masak lemak cili api.... menjadi...
Aku dah mula belajar dari senior nak naik pete-pete kalau nak pergi mana2.. Belajar nak pilih pete2 yang betul ke destinasi.. Nak tau pete2 mcm mana??? Haa.. macam ni...

pete-pete

MTOS; tmpat shopping yang dekat sgt2 ngan asrama

....................................................._________________________________.....................................


Dan bermula kehidupan baru aku kat Negara orang ni. Tahun ni aku berpuasa n beraya di Negara orang.... 

chaiyok2   \(^_^)/....










Wednesday, July 27, 2011

HAngoUT TOgetHeR


minggu lepas, dapat jugak aku jumpa dengan kwn2 SMKANT dekat penang. Of course happy sangat2. walaupun bukan semua lah budak SMKANT tu tapi aku still happy coz yang pergi ni yang semuanya agak rapat ngan aku time sekolah dulu. Wish aku untuk jumpa depa sebelum aku futher study tercapai. Tak sangka aku nak jugak depa habiskan masa pergi melepak sama2. Agak lama dah aku tak pergi penang, dah byk berubah semakin cantik pulak penang ni and nampak bersih ja. Kagum aku jadi rakyat MALAYSIA... hahaha....

Agak dlm pukul 8pg tu aku dah nek bas dari PB ngan si ummu hani ni. Mmg kena pergi awal lah coz penang tu jauh gak lah ngan PB. Sebenarnya janji nak pergi awal dlm pukul 7pg dah nek bas tapi tah la tiba2 ja dari pukul 7 bertukar menjadi pukul 8. Betul tak ummu hani??

Sampai penang sebelum pukul 9pg, wah mmg tak sangka cepat pulak. Mana taknya waktu kat jeti bagan berlari-lari budak 4 orang ni kejar feri. Kenangan tu. Selalu tgk orang kejar bas kali ni kami kejar feri. Boleh ke kejar feri?? haha!!!

Jangan tgk yang depan tu, tgk yg belakang je. Permandangan cantik tu kat belakang tu.

Sementara tggu huda daud dtg ambik kami, sempat lagi aku, ummu hani, aisyah munirah n husna posing2 dulu.


tempat apa tah la ni tapi kat tepi street ni ada penang cruise

penang cruise.. teringin pulak nak naik. mcm best ja.

 Agak teruja lah jugak bila tgk star cruise ni. Malaysia dah ada cruise sendiri. Tiba2 teringat citer 'Pisau Cukur'. Tak payah lah lagi berlakon kat atas rumah org pasni, boleh berlakon kat atas cruise betul2.


Then bila semua dah berkumpul. Kami lepak2 lah.

aisyah munirah, huda daud n baby dia, ummu hani, syafinaz

gambar syafinaz n huda kena sabotaj dengan ummu hani, separuh je  muka..

husna, ummu, huda n baby dia, aku, syafinaz, mun(aisyah munirah)
Soeul garden. Serius best makan kat sini. Dapat lah sikit merasa makan ala2 korean. Makanlah banyak mana nak pun. Yang best ice cream dia sebijik macam kat uitm palam, apa lagi makan sungguh2 lah.



hayyy... macam tgh dating ja ummu ngan inaz ni.
tu yang belakang tu Queensbay mall. sebelum balik  photo2 dulu kat tepi laut. 

Lepas ni xtau lah lagi bila kita boleh jumpa lagi memandangkan semua dah nak further degree jauh2. Terpisahlah kita semua kecuali 3 orang tu yang dapat study kat tmpat yg sama. Best lah hampa noh. hope lepas ni kita dapat jumpa lagi. Ingat pesan cik enaz ni sebelum balik kita selalu2 lah skype tau. Sekarang zaman dah moden mcm2 kita boleh guna tuk berhubung. OK to all my friend always keep n touch tau...
GOOD LUCK TO ALL... J



To my elder sister: acik minta pinjam beg tau... maaf pinjam beg tak ckp... kejadian x dirancang...^_^








 

Thursday, July 14, 2011

tAhUN PerTAmA Di SekOLAh



Memang aku tak boleh lupakan waktu tahun pertama aku di sekolah kiranya waktu aku tahun 1 lah. Kejadian yang tak berapa nak terkejut sangat lah. Sebelum aku cerita apa yang terjadi kat aku waktu aku darjah 1 tu, aku nak cerita sikit lah tentang ragam budak2 yang baru masuk sekolah ni. Aku ingat lagi waktu hari pertama masuk sekolah, aduhaaiii macam-macam ragam budak-budak baru masuk sekolah ni kesian kat cikgu-cikgu, mana taknya cikgu2 lah yang kena jadi tukang pujuk budak2 ni time parents depa nak balik dari hantar depa. Ramai betul yang nangis time tu. Yang penting aku budak baek tau, tak dak nak nangis2. Ada pelajar yang pegang kaki mak dia tak bagi balik lah and macam2 lah. Ala biasa lah tu baru tahun 1 kan, kita baru start nak belajar erti kehidupan berdikari. Tapi sekarang bila dah besar, semua dah boleh berdikari.

Ok, berbalik kepada kejadian yang berlaku 12 tahun yang lepas. Aku ingat lagi time tu lecong berbunyi and semua pelajar2 ni melompat terlalu suka coz waktu rehat, klu loceng waktu rehat ka balik ka semua orang suka kan?? Budak2 kelas aku bab balik ngan rehat ni mmg semangat lah cos kelas kami ni tingkat yang paling bawah dah tu berdepan ngan kantin pulak tu. Time tu semua pelajar mula bergerak beratur kat depan kelas, cikgu pun cakap ‘eh, pelajar2 beratur elok2, jangan tolak2 kang jatuh kang berdarah kepala nanti’. Aku adalah orang yang paling semangat sekali nak rehat. Hehe.. Aku berbaris yang paling depan sekali. Pastu semua pelajar pun cakap ‘Te~ri~ma~  Ka~sih~  Cik~gu~~~’ (dengan penuh tonenya) . Cikgu pun cakap ‘ok, sama2. Keluar elok-elok, jgn tolak2’.

Aku pun sebagai orang hadapan mula melangkah keluar dari kelas dengan semangat nak rehatnya. Tapi... gedebung... Aku jatuh daa. Elok ja aku ‘lending’ kat corridor yang betul2 berdepan ngan kantin yang ramai orang sedang bersantap tu. Aduhaaiii, malu-malu. Aku pun bangun lah wat cara relax nya, x dak apa2 berlaku. Tup..tup.. Aku dapat rasa ada benda mengalir kat muka aku. Apa benda tuh? Warna merah. Darah tu. Baru aku perasan kat tepi corridor yang aku ‘lending’ tu ada longkang kering yang dah pecah. Memang sah kepala aku terkena kat situ.

Bila dah semua nampak kepala aku dah berdarah tu, memang semua orang gabra lah, kwn2 kelas aku, orang ramai yang tengah bersantap lah, jiran2 sebelah kelas lah, semua orang tengok ngan penuh terkejut kat aku. Yelah mana taknya kwn yg dok belakang aku ni p jerit kuat2 ‘CIKGU, KEPALA IDA BERDARAH’. Cikgu aku pulak yang baru naik dua tiga anak tangga nak ke bilik guru tu pun terkejut. Yang bermain di fikiran aku time tu ‘haa, masin betul lah mulut cikgu aku ni’, mana taknya tadi baru dia cakap. Tapi nasib baiklah luka sikit ja. Pastu cikgu pun bawak aku p bilik guru. Masuk bilik guru, aku jadi perhatian cikgu2 dah macam orang yang buat masalah pulak aku. Tapi apa yang best aku nak cerita kat sini, seronok betul kena dukung. Disebabkan cedera sikit di bahagian kepala semua cikgu risau. So aku kena dukung ja, dari bilik guru ke pejabat, dari pejabat ke kantin, dari sana ke sini, yang pastinya memang tak berjalan langsung.
Aku pun kena balik rumah, penyelia petang yang bawa balik. Pastu dia suruh abah bawak aku p hospital.

Cerita pasal kat hospital pulak, memang aku tergelak sendiri. Waktu kat wad kecemasan doktor tu nak jahit luka aku. Aku pulak bila dengar nak kena jahit nangis punya lah teruk, meronta-ronta. Haish, hilang status budak baek. Macam2 lah yang doktor n nurse tu pujuk kata tak sakit lah, budak baik x leh nangis lah. Tapi aku mmg x makan pujuk. Terus nangis ja. And bila doktor tu dah bawak keluar jarum dia n bersedia nak lakukan tugas, aku meronta-ronta lagi teruk lah sampaikan nurse2 untuk pesakit jiran sebelah pun terpaksa datang pegang aku. Elok doktor tu jahit ja, baru aku dapat rasa. Sebenarnya tak sakit pun, aku pun dah relax. Sempat lagi nurse jiran sebelah tu perli aku ‘haa, tengok kan orang kata tak sakit pun’.

Bila dah selesai aku balik umah. Kat umah pulak semangat ja aku cakap kat siblings aku ‘haa tgk ni acik kena jahit, tak sakit pun’. Hahaa.. Padahal kat hospital meronta-ronta gila. Harap2 abah tak pernah cerita kat depa.

Kepada cikgu2 SKPTM 1999, kwn2, doktor n nurse2 hospital PB 1999 minta maaf byk2 kerana terpaksa susahkan layan budak baek ni & maaf cos buat susah hati.

Memang kejadian ni lah yang menjadi kenangan aku masa tahun pertama masuk sekolah. Aku ingat lagi siapa cikgu2 tu n kwn2 yang ada kat sekeliling aku, masih terbayang lagi muka2 depa semua. Harap cikgu2 n kwn2 x akan lupa muka budak baek yang kepala dia berdarah tuh. Mulai hari tu aku FAMOUS doh. Siap ada nama panjang tu. Kalau org jumpa ja mesti cakap 'nilah budak yang kepala dia berdarah haritu'.  

Ni lah budak tu.

dupppdappp...


mendebarkan.....
jantung bergoncang-goncang...
cuak....

Budak-budak lepasan matrik/asasi mesti tengah merasainya. 15 julai tepat pukul 12pm adalah saat paling mendebarkan dan ditunggu-tunggu, keputusan upu untuk sambung degree akan diumumkan.

Macam-macam dah bermain difikiran; 'aku dapat kos apa yerk?', 'aku kena lelong ka?', 'macam mana kalau kos yg aku pilih x dpt?'. huhh... Memang macam2 lah persoalan yg bermain difikiran dan nak fikir perkara yg lain pun mcm dah bercelaru dah.

Memang sangat menyeksakan. Pasti semua students nak kan yang terbaik dan apa yang dipilih because ni yang akan menentukan masa depan masing-masing.

Kepada kawan-kawan yang sama2 merasai perasaan cuak niI wish you all the best, moh la kita sama2 bertawakal kepada Yang Maha Esa hanya Dia saja Yang Maha Mengetahui. Sekurang-kurangnya dapatlah hilang kan sikit rasa gemuruh ni.

Untuk memudahkan bagi esok tak payah nak susah2 cari kat mana nak check result upu tu, ni aku bagi link yg direct leh terus check:
http://www.jpt.uum.edu.my/

OK, ALL THE BEST FOR 15 JULAI 2011!! ^_^

Friday, June 24, 2011

SepEtaNG BerSAmA kuIH CaRA..

Penat nak fikir petang nak buat apa lah pulak utk minum ptg ni. Tiba-tiba terfikir nak buat kuih cara sebab senang  jer nak buatnya. Kuih cara ni kuih tradisional gak lah. Lagi pun  bahan2 pun senang jer nak cari. Klu sapa tu yg free ptg tu boleh lah try buat kuih yg senang ni especially budak2 yg habis matrik@asasi yg x kerja. Eh baru teringat, nak buat kuih cara ni kena guna acuan dia tau. 

Ni acuan yg aku guna
kalau x silap ni acuan bahulu tapi boleh jugak
guna buat kuih cara
Ni lah resepi kuih cara yang amat mudah.

Kuih cara

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
1/2 cawan santan/susu cair
1 biji telur
secubit garam
pewarna hijau/jus pandan
gula(utk letak kat tgh kuih tu nanti)

Cara-cara:

1.Masukkan tepung gandum, telur, air dan santan/susu cair sedikit demi sedikit ke dalam bekas dan kacau. Kalau nak senang guna jer mesin putar kuih tu, gerenti x berketul.
2.Masukkan lagi sedikit kacau sehingga habis.
3.Masukkan sedikit garam. pastikan adunan tidak berketul.
(Adunan ini nampak cair sedikit.)

Mudah ja kan...  Time nak masak tu kena guna minyak sikit utk elakan kuih tu  melekat. Klu mama aku ajar ambik daun pandan utk sapu minyak kat acuan tu. Kenapa guna daun pandan?? Utk bagi bau wangi pandan sikit. Then, inilah hasil yg aku dpt....



Wednesday, June 22, 2011

SpECiaL dAY fOr Me..

20 JUN mmg akan sentiasa di dlm ingatanlah dah tarikh tu aku dilahirkan. Utk tahun ni sambutan mcm biasa, mkn2 n potong kek. Tapi tahun ni lain sikit coz mkn2 kat umah jelah. Si budak kecik (15thn dah pun, x kecik pun) kat umah aku ni asyik tuisyen ja 24jam, pukul 5.30pm abih tuisyen sekolah pukul 8pm start tuisyen len plak .So mmg x dak masa lah nak kluar p mkn and kat area umah aku ni bukannya byk pun restoran yg best2 klu nak pun tu ha jauh di penang sana nun.

Dgr ja sambut kat umah mcm x best. Tapi mau pecah perut aku haritu mcm2 makanan. Along bli kek n kuah yang tau fu, mama bli brg yang tau fu, abah bli mee goreng special favourite family aku and sate. Huu.. Rupa-rupanya org yg jual yang tau fu ni sebenarnya untung byk noh. Apa x nya mama bli brg2 yang tau fu brapa jer tapi berlungguk-lungguk. Mmg tak habih makan so simpan sambung esok jelah. Mama ngan along dah mula la merapu, suruh aku bukak kedai dpan umah jual yang tau fu lah, apa2 lg lah. Yelah aku dok umah pun asyik relax ja kan. Tu mcm peril aku jelah tu. Eeehhh...


Mkn byk2 ni sebenarnya utk sambut father’s day sekali, tu yg double tu. Father’s day ni x semeriah mother’s day kan.. Tapi bagi aku n family, father’s day pun amat penting utk menghargai ketua keluarga yang sering berkorban mencari rezeki n memimpin ahli keluarganya. Abah, HAPPY FATHER’S DAY. I LOVE YOU SO MUCH. I’LL TRY MY BEST TO FULFILL YOUR DREAM. ABAH, YOUR GUIDING HAND ON MY SHOULDER WILL REMAIN WITH ME FOREVER. YOU ARE THE BEST..      



Star bentuk love. Semua star kat dunia ni utk abah.

I love my father as the stars - he's a bright shining example and a happy twinkling in my heart. 
~Terri Guillemets~




Back to my birthday story, aku saja ja private birthday aku kat FB. First2, sorry byk  yer. Tujuan aku buat cam tu mmg aku cuma nak tgk sapa yg betol2 ingat birthday aku, tak pun klu x ingat save dlm h/p pun jadilah. And keputusannya sgt2 menyedihkan.. Huahhh.. Huahhh... Huahhh... Mmg dah agak.. Tapi mmg patut pun, tak kan semua org nak kena ingat birthday aku ja kan. Tapi aku sedih coz kwn baik aku lupa birthday aku..L.. Dah lah lupakan yg sedih2, yg plg aku terkejut plus minus happy sgt2 ada sorang kwn aku ni org first yg aku x sangka dia ingat birthday aku. THANK YOU SO MUCH ALL MY FRIENDS...



Ok, to myself:

Semoga murah rezeki dunia & akhirat. Semoga panjang umur. Semoga aku akan terus memperbaiki segala kelemahan. Semoga segala cita2 n impian aku tercapai( byk betol semoga2). Jangan banyak berangan. Jangan malas2. Jangan sesekali jauhkan diri dgn Pencipta Yang Maha Esa. Study rajin2 tapi jgn stress2, bahaya tu.. Yang paling penting, teruskan berkorban utk buat org yg paling aku syg happy.(klu nak tulis semua kat sini mmg x kan pernah habih ni, sudah2 la yerk) Ok...  SMILE GIRL... J.. Be happy...



Terima kasih utk my best friend, Ummu Hani coz isi masa lapang hg yg byk tu utk wat kad ni kat aku. mentang2 aku suka warna biru abih semua warna biru. Tapi kenapa Lee Minho, len kali letak lah gmbar Kim Bum tau. and ucapan hg yg pnjg2 kat fb wat aku sempot ja nak baca. apa2 pun TQ so much my frenz..


Thursday, June 16, 2011

24 MARCH 2011

Dah lama baru aku perasan yg aku x updated pun pasal benda ni walaupun aku dah lama tulis...

Hari ni besday my second sister. Kami satu family punya sambutan biasa2 ja. Ada kek n p makan2 kat tmpat2 yang org cdgkan tempat tu mmg best. Tapi hari tu aku yg cadangkan p mkn kat juru tmpat yg popular ngan mee udang freshnya tu. Sebenarnya aku dah lama x mkn kat tmpat tu, teringin pulak aku, tu yg ajak mkn kat situ. Nama tmpat tu Restoran Nelayan Kuala Juru. Nak p mkn kat tmpat lain kat situ tp yg  ni ja bukak, x palah kita try jelah.

Ni la papan tanda restoran tu
Apa yang aku pasti restoran tu berada di hujung sekali, maksud aku restoran ni terletak dlm sgt2. First p mmg risau gak lah dah la jauh kot, last sekali akan jumpa kedai tu di penghujung jln. Kiranya jln tu jln mati n restoran tu kat jln mati tu.(eh apa tah aku ckp berbelit-belit, aku pun pening) Entah lah faham lah 
sendiri2.

Acara memotong kek. Lilin2 xdak, haram!!

Disebabkan dok kat restoran yg terbuka sgt2, x bolehlah nak nyanyi ni. Xpa, xpa, kita nyanyi kat sini..



 Happy birthday to you, Happy birthday to you,
Happy birthday to angah, Happy birthday to you...

Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan angah, Allah selamatkan kamu...

bayangkan jelah aku yg suara sedap ni nyanyi..^_^.. hehe...

Waahhh... muka teruja kah ini..
Teruja sgt nmpak. Keh3. Apa-apa pun thankz along belikan kek..

Sampai tak terkata bila dah dpt mee ketamnya
Dari dlm kereta lagi dok bising2 nak makan mee ketam. Nah ambik hg, bapak mr crab dia bagi. Kasi puas2 punya makan. Berselera berbenorlah budak ni sorang. Eh.. eh.. eh...

Halo...halo... mau cari sapa...
Abah pulak makan mee hailam. Senang semua ada sotong, udang, ketam ja kot xdak. X payah nak susah2 mntak mee udang ka, mee sotong ka, mntak ja mee hailam dua2 ada..

Mmg betol org kata makanan kat sini fresh2 belaka walaupun dah mlm still rasa freshnya. Tempat ni betol2 kat sebelah sungai klu x silap aku lah tapi klu nak kata laut cam x kot coz x dgaq pun bunyi ombak.

Apa2 pun to my sister, selamatlah menyambut hari lahir yg ke-22 thun. Semoga murah rezeki n panjang umur. Semoga apa yg cita2kan tercapai. Jgn byk main2, tumpukan pada pelajaranmu. N paling penting semoga sentiasa dirahmati oleh Allah. Happy selalu yerk.. ^_^





frEindNShiP

frEindNShiP