Penat nak fikir petang nak buat apa lah pulak utk minum ptg ni. Tiba-tiba terfikir nak buat kuih cara sebab senang jer nak buatnya. Kuih cara ni kuih tradisional gak lah. Lagi pun bahan2 pun senang jer nak cari. Klu sapa tu yg free ptg tu boleh lah try buat kuih yg senang ni especially budak2 yg habis matrik@asasi yg x kerja. Eh baru teringat, nak buat kuih cara ni kena guna acuan dia tau.
Ni acuan yg aku guna |
kalau x silap ni acuan bahulu tapi boleh jugak guna buat kuih cara |
Ni lah resepi kuih cara yang amat mudah.
Kuih cara
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
1/2 cawan santan/susu cair
1 biji telur
secubit garam
pewarna hijau/jus pandan
gula(utk letak kat tgh kuih tu nanti)
Cara-cara:
1.Masukkan tepung gandum, telur, air dan santan/susu cair sedikit demi sedikit ke dalam bekas dan kacau. Kalau nak senang guna jer mesin putar kuih tu, gerenti x berketul.
2.Masukkan lagi sedikit kacau sehingga habis.
3.Masukkan sedikit garam. pastikan adunan tidak berketul.
(Adunan ini nampak cair sedikit.)
Mudah ja kan... Time nak masak tu kena guna minyak sikit utk elakan kuih tu melekat. Klu mama aku ajar ambik daun pandan utk sapu minyak kat acuan tu. Kenapa guna daun pandan?? Utk bagi bau wangi pandan sikit. Then, inilah hasil yg aku dpt....
0 comments:
Post a Comment