Hidup di dunia, kita msti ada keinginan, cita-cita dan harapan. Setiap manusia terus bangun untuk berusaha bersungguh-sungguh walaupun sudah berkali-kali jatuh tersungkur tanpa memikir masa yang lepas demi mencari masa depan yang lebih cerah. Kita harus berusaha sekuat mungkin untuk mencapaikannya. Kita harus rajin belajar, pilih course yang sesuai dengan keinginan kita, dan banyak berdoa semoga Allah mengabulkan keinginan kita dan harapan parents yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak2nya.
Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapa-kapa dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?
Boleh jadi, takdir yang menimpa diri kita adalah harga wajib untuk mencapai kejayaan lain. Ketika di awal usaha kita, kita tidak mendapatkan hasil yang kita inginkan, bahkan gagal mendapatkannya, boleh jadi Allah punya rancangan lain bagi kita untuk memilih usaha lain yang akan mendatangkan hasil yang lebih baik. Kegagalan merupakan langkah untuk mencapai kejayaan jika kita terus berusaha dan berdoa. Ketika seorang wanita belum mendapatkan jodohnya karena berbagai hambatan, boleh jadi Allah telah menetapkan jodoh yang lebih baik untuk mendampinginya. Ketika seseorang terus ditolak ketika mencari pekerjaan, boleh jadi Allah telah memilihkan pekerjaan yang lebih baik untuk dia.
Tapi kita harus sedar, bahawa sebenarnya Allah adalah lebih tahu tentang kita. Kerana memang Dialah Pencipta kita. Allah lebih tahu tentang apa yang kita perlukan. Allah lebih tahu tentang sesuai atau tidak dengan cita-cita yang kita damba. Allah lebih tahu tentang pasangan yang cocok bagi kita. Dan yang pasti, adalah bahawa kita sungguh tak berdaya untuk melawan keperkasaan Allah. Sebagaimana firman-Nya:
Kamu diwajibkan berperang, padahal itu tidak kamu sukai. Tapi, boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagi kamu. Dan Allah-lah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. [al-Baqarah:216]
”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”
0 comments:
Post a Comment