Memang aku tak boleh lupakan waktu tahun pertama aku di sekolah kiranya waktu aku tahun 1 lah. Kejadian yang tak berapa nak terkejut sangat lah. Sebelum aku cerita apa yang terjadi kat aku waktu aku darjah 1 tu, aku nak cerita sikit lah tentang ragam budak2 yang baru masuk sekolah ni. Aku ingat lagi waktu hari pertama masuk sekolah, aduhaaiii macam-macam ragam budak-budak baru masuk sekolah ni kesian kat cikgu-cikgu, mana taknya cikgu2 lah yang kena jadi tukang pujuk budak2 ni time parents depa nak balik dari hantar depa. Ramai betul yang nangis time tu. Yang penting aku budak baek tau, tak dak nak nangis2. Ada pelajar yang pegang kaki mak dia tak bagi balik lah and macam2 lah. Ala biasa lah tu baru tahun 1 kan, kita baru start nak belajar erti kehidupan berdikari. Tapi sekarang bila dah besar, semua dah boleh berdikari.
Ok, berbalik kepada kejadian yang berlaku 12 tahun yang lepas. Aku ingat lagi time tu lecong berbunyi and semua pelajar2 ni melompat terlalu suka coz waktu rehat, klu loceng waktu rehat ka balik ka semua orang suka kan?? Budak2 kelas aku bab balik ngan rehat ni mmg semangat lah cos kelas kami ni tingkat yang paling bawah dah tu berdepan ngan kantin pulak tu. Time tu semua pelajar mula bergerak beratur kat depan kelas, cikgu pun cakap ‘eh, pelajar2 beratur elok2, jangan tolak2 kang jatuh kang berdarah kepala nanti’. Aku adalah orang yang paling semangat sekali nak rehat. Hehe.. Aku berbaris yang paling depan sekali. Pastu semua pelajar pun cakap ‘Te~ri~ma~ Ka~sih~ Cik~gu~~~’ (dengan penuh tonenya) . Cikgu pun cakap ‘ok, sama2. Keluar elok-elok, jgn tolak2’.
Aku pun sebagai orang hadapan mula melangkah keluar dari kelas dengan semangat nak rehatnya. Tapi... gedebung... Aku jatuh daa. Elok ja aku ‘lending’ kat corridor yang betul2 berdepan ngan kantin yang ramai orang sedang bersantap tu. Aduhaaiii, malu-malu. Aku pun bangun lah wat cara relax nya, x dak apa2 berlaku. Tup..tup.. Aku dapat rasa ada benda mengalir kat muka aku. Apa benda tuh? Warna merah. Darah tu. Baru aku perasan kat tepi corridor yang aku ‘lending’ tu ada longkang kering yang dah pecah. Memang sah kepala aku terkena kat situ.
Bila dah semua nampak kepala aku dah berdarah tu, memang semua orang gabra lah, kwn2 kelas aku, orang ramai yang tengah bersantap lah, jiran2 sebelah kelas lah, semua orang tengok ngan penuh terkejut kat aku. Yelah mana taknya kwn yg dok belakang aku ni p jerit kuat2 ‘CIKGU, KEPALA IDA BERDARAH’. Cikgu aku pulak yang baru naik dua tiga anak tangga nak ke bilik guru tu pun terkejut. Yang bermain di fikiran aku time tu ‘haa, masin betul lah mulut cikgu aku ni’, mana taknya tadi baru dia cakap. Tapi nasib baiklah luka sikit ja. Pastu cikgu pun bawak aku p bilik guru. Masuk bilik guru, aku jadi perhatian cikgu2 dah macam orang yang buat masalah pulak aku. Tapi apa yang best aku nak cerita kat sini, seronok betul kena dukung. Disebabkan cedera sikit di bahagian kepala semua cikgu risau. So aku kena dukung ja, dari bilik guru ke pejabat, dari pejabat ke kantin, dari sana ke sini, yang pastinya memang tak berjalan langsung.
Aku pun kena balik rumah, penyelia petang yang bawa balik. Pastu dia suruh abah bawak aku p hospital.
Cerita pasal kat hospital pulak, memang aku tergelak sendiri. Waktu kat wad kecemasan doktor tu nak jahit luka aku. Aku pulak bila dengar nak kena jahit nangis punya lah teruk, meronta-ronta. Haish, hilang status budak baek. Macam2 lah yang doktor n nurse tu pujuk kata tak sakit lah, budak baik x leh nangis lah. Tapi aku mmg x makan pujuk. Terus nangis ja. And bila doktor tu dah bawak keluar jarum dia n bersedia nak lakukan tugas, aku meronta-ronta lagi teruk lah sampaikan nurse2 untuk pesakit jiran sebelah pun terpaksa datang pegang aku. Elok doktor tu jahit ja, baru aku dapat rasa. Sebenarnya tak sakit pun, aku pun dah relax. Sempat lagi nurse jiran sebelah tu perli aku ‘haa, tengok kan orang kata tak sakit pun’.
Bila dah selesai aku balik umah. Kat umah pulak semangat ja aku cakap kat siblings aku ‘haa tgk ni acik kena jahit, tak sakit pun’. Hahaa.. Padahal kat hospital meronta-ronta gila. Harap2 abah tak pernah cerita kat depa.
Kepada cikgu2 SKPTM 1999, kwn2, doktor n nurse2 hospital PB 1999 minta maaf byk2 kerana terpaksa susahkan layan budak baek ni & maaf cos buat susah hati.
Memang kejadian ni lah yang menjadi kenangan aku masa tahun pertama masuk sekolah. Aku ingat lagi siapa cikgu2 tu n kwn2 yang ada kat sekeliling aku, masih terbayang lagi muka2 depa semua. Harap cikgu2 n kwn2 x akan lupa muka budak baek yang kepala dia berdarah tuh. Mulai hari tu aku FAMOUS doh. Siap ada nama panjang tu. Kalau org jumpa ja mesti cakap 'nilah budak yang kepala dia berdarah haritu'.
Ni lah budak tu.
0 comments:
Post a Comment