CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 19, 2011

pErSiapAn AiDiLfiTri 2011 di makASSaR..



Dalam kesibukan aku nak jugak cari masa untuk tulis blog ni. Serba sikit perkembangan aku di negara orang ni. Tahun ni adalah tahun pertama sambut raya jauh dari family, saudara-mara n kawan2.

Dengar takbir raya buat rasa sedih ja. Dengar pulak jiran2 kat sini yang majoritinya rakyat Malaysia pasang lagu raya versi Malaysia. Aahhh.. Apa2 pun hari raya adalah hari untuk kita meraikan kejayaan kita dalam bulan ramadhan. Chill girl..

Dekat Malaysia, hari isnin malam tu orang dah sibuk memasaklah, mengemaslah, kat sini pun sama jugak tapi hari selasa malam coz kat ni hari raya jatuh hari rabu. Pastu orang2 kat Malaysia pulak asyik cakap macam ni 'puasa lah sehari lagi yerk,. HEHEHE..'

Kesibukan kat sini beramai-ramai, malam tu aku dapat tugas memasak kuah kacang. Ahhhh... memang ahhh... Masak kuah kacang pun tak pernah. Huuhhh.. Nasib baik lah kakak yang satu group ngan aku ni pandai masak2. Klu bagi kat aku masak tak tau lah apa jadi.. Jadi orang tolong kacau2 jelah..  


Sementara tunggu kuah kacang ni nak masak sempat lagi aku lari pi main bunga api. Hahaha.. Dah lama dah ni tak main bunga api, sambil aku main2 tu aku tgk abang2 senior yang tgh seronok depa dok main mercun. Amboiii... Memang meriah ah malam tu. Dapat lah jugak kurangkan rasa rindu kat tanah air.


Kawan2 yang len sibuk mengayam ketupat bersama kakak2 senior.. Esok pagi nak makan ~~ ketupat ~~


Kawan2 yang len2 pulak sibuk mengemas rumah~~ hehe~~ mengemas aula lah. Tempat untuk sembahyang raya n berkumpul ramai2 esok.. 

Malam ni kurang sikit ambik gambar coz sibuk ngan kuah kacang, so yang ni jelah yg ada..

Jom kita tengok esok apa jadi.....








My NeW LiFE..


Assalamuailakum...

Setelah 5 minggu aku kat sini, baru aku berkesempatan nak updated blog ni yang dah lama terbiar..

Perkembangan terbaru, aku bukan lagi kat Malaysia tapi kat Indonesia. Semua kawan2 tgh sibuk nak pergi daftar U sana-sini, macam tulah jugak dengan aku. Aku buat pilihan and disokong oleh parents untuk further degree kat Makassar, Indonesia dalam bidang perubatan.

Semua keputusan di buat secara terkejut-tergempak. So kepada kawan2 aku, sorry lah aku tak updated apa2 pun pasal choice aku ni. Aku betul2 susah nak buat pilihan n aku kena buat keputusan yang terbaik coz ni melibatkan masa depan aku kan..

8.8.2011, aku berangkat dari LCCT ke Ujung Pandang. And nama university tu adalah UNIVERSITAS HASANUDDIN,MAKASSAR..

ini dari pintu pintu kampus UNHAS


yang berbulat tulah bilik aku
Asrama aku dekat je dengan UNHAS tapi melalui pintu kedua lah. Satu bilik 2 orang je. Ada bilik air, ada ruangan memasak, ada ampaian.. Semuanya selesa lah.

Dekat sini masak lah sendiri, kalau terasa rajin boleh je keluar makan kat luar tapi kalau nak makan masakan Malaysia better masak sendiri lah.. Of course lah kat sini susah nak cari masakan sebijik macam Malaysia. Kalau ada pun NAK sama tapi TAK sama pun rasa dia. N kat sini makanan dia jenis tak berkuah, so.........

first trial, ikan masak lemak cili api.... menjadi...
Aku dah mula belajar dari senior nak naik pete-pete kalau nak pergi mana2.. Belajar nak pilih pete2 yang betul ke destinasi.. Nak tau pete2 mcm mana??? Haa.. macam ni...

pete-pete

MTOS; tmpat shopping yang dekat sgt2 ngan asrama

....................................................._________________________________.....................................


Dan bermula kehidupan baru aku kat Negara orang ni. Tahun ni aku berpuasa n beraya di Negara orang.... 

chaiyok2   \(^_^)/....










frEindNShiP

frEindNShiP